Dulu dan Kini
dulu nak gincu bibir, pembayang mata dan pemerah pipi,
buat dilukis pada wajah yang lesi
agar yang kusam nampak cantik berseri,
biar teruja mata yang menyaksi
dulu nak baju yang cantik dan berwarna-warni,
harus nampakkan langsingnya diri,
suka digelar anak dara sunti,
kononnya muda remaja diri dipuji
dulu nak pakai kasut tinggi berinci,
rasa hebat dan gah dipandang tinggi,
meliuk lentuk berjalan ranggi,
menggeletik hati dikatakan seksi
kini baru tersedar segala kesilapan,
begitu banyak yang telah dibazirkan,
tuntutan nafsu mahu dipenuhkan,
demi mengharapkan pujian insan
kini baru tahu segalanya hiasan dunia,
betapa selama ini diri asyik dan leka,
hidup yang dipinjamkan ini hanya sementara,
masih jauh lagi diri dengan yang Esa
kini bangkitlah dari kejahilan,
redha Allah dicari melalui pakaian,
jadilah muslimah sejati dalam kehidupan,
kelak lebih tenang dan beroleh kebahagiaan
FOR THE SAKE OF ALLAH
dear Allah, I pray that whoever reads this message shall have Your comfort, joy, peace, love & guidance. I may not know their troubles, but You do. Please keep protecting us. Ameen.
my heart
Monday, April 27, 2015
Thursday, July 3, 2014
Tip Mudah Solat Subuh
Pasti ramai antara kita yang selalu kelewatan untuk bangun pagi bagi menunaikan solat Subuh. Ada waktunya kita langsung terlepas waktu Subuh itu. Along pernah berdepan dengan situasi di mana semua penghuni rumah tidur dengan nyenyaknya tanpa ada seorang pun yang bangun di awal waktu bagi menunaikan kewajipan Subuh. Sungguh, hati ini sebenarnya terasa sedih sebab Along tak mampu untuk mengejutkan semua isi rumah tersebut. Terasa malu dengan diri ini kerana tidak dapat menjalankan dakwah kepada mereka yang bukan sahaja saudara sesama Islam, tetapi adalah saudara terdekat dengan kita. Mereka yang berada di sekeliling kita. Semoga Allah beri kekuatan untuk Along terus mencuba mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya untuk kita menunaikan solat Subuh.
Di sini, Along nak kongsikan beberapa tip mudah bangun Subuh yang Along dapati hasil dari pembacaan Along dari sebuah buku yang bertajuk Ajaibnya Solat Subuh.
1. Ikhlas
Keikhlasan adalah pendorong terbaik bagi manusia bangun menunaikan solat Subuh. Itu adalah faktor dan cara yang utama. Apabila ikhlas hadir dalam hati, seseorang itu pasti sanggup berkorban bagi melakukannya.
Ikhlas menjadi tip terpenting yang dapat membantu seseorang bangun solat Subuh. Tanpa keihklasan, seseorang tidak mampu melaksanakannya secara teratur kerana solat Subuh adalah faktor yang membezakan antara orang ikhlas dengan orang munafik. Keihklasan tidak muncul kecuali dengan mengembalikan segalanya kepada Allah.
Dalam surah Az-Zumar ayat 65-66 yang bermaksud, "Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu dan nabi-nabi sebelummu, 'Sesungguhnya, sekiranya kamu mempersekutukan Allah, nescaya akan gugur amalmu dan kamu tetap menjadi dalam kalangan orang yang rugi. Bahkan, kepada Allah sahaja hendaknya kamu sembah dan jadilah kamu dalam kalangan orang yang bersyukur,' ."
Sekiranya kita berbaring di tempat tidur, kita perlu berniat mahu bangun dan solat subuh pada awal waktu. Maka, Allah akan menolongmu mencapai niat itu. Sebaliknya, orang yang tidak mahu berniat seperti ini pasti berasa susah hendak bangun subuh.
2. Azam yang kuat
Pasti ramai antara kita yang selalu kelewatan untuk bangun pagi bagi menunaikan solat Subuh. Ada waktunya kita langsung terlepas waktu Subuh itu. Along pernah berdepan dengan situasi di mana semua penghuni rumah tidur dengan nyenyaknya tanpa ada seorang pun yang bangun di awal waktu bagi menunaikan kewajipan Subuh. Sungguh, hati ini sebenarnya terasa sedih sebab Along tak mampu untuk mengejutkan semua isi rumah tersebut. Terasa malu dengan diri ini kerana tidak dapat menjalankan dakwah kepada mereka yang bukan sahaja saudara sesama Islam, tetapi adalah saudara terdekat dengan kita. Mereka yang berada di sekeliling kita. Semoga Allah beri kekuatan untuk Along terus mencuba mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya untuk kita menunaikan solat Subuh.
Di sini, Along nak kongsikan beberapa tip mudah bangun Subuh yang Along dapati hasil dari pembacaan Along dari sebuah buku yang bertajuk Ajaibnya Solat Subuh.
1. Ikhlas
Keikhlasan adalah pendorong terbaik bagi manusia bangun menunaikan solat Subuh. Itu adalah faktor dan cara yang utama. Apabila ikhlas hadir dalam hati, seseorang itu pasti sanggup berkorban bagi melakukannya.
Ikhlas menjadi tip terpenting yang dapat membantu seseorang bangun solat Subuh. Tanpa keihklasan, seseorang tidak mampu melaksanakannya secara teratur kerana solat Subuh adalah faktor yang membezakan antara orang ikhlas dengan orang munafik. Keihklasan tidak muncul kecuali dengan mengembalikan segalanya kepada Allah.
Dalam surah Az-Zumar ayat 65-66 yang bermaksud, "Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu dan nabi-nabi sebelummu, 'Sesungguhnya, sekiranya kamu mempersekutukan Allah, nescaya akan gugur amalmu dan kamu tetap menjadi dalam kalangan orang yang rugi. Bahkan, kepada Allah sahaja hendaknya kamu sembah dan jadilah kamu dalam kalangan orang yang bersyukur,' ."
Sekiranya kita berbaring di tempat tidur, kita perlu berniat mahu bangun dan solat subuh pada awal waktu. Maka, Allah akan menolongmu mencapai niat itu. Sebaliknya, orang yang tidak mahu berniat seperti ini pasti berasa susah hendak bangun subuh.
2. Azam yang kuat
Wednesday, June 18, 2014
Subhanallah...sememangnya Along menangis semahunya saat pertama kali kedua-dua belah kaki yang selama ini terdedah, Along sarungkan dengan sepasang stoking. Kaki juga adalah aurat wanita. Alhamdulillah kerana Allah telah menggerakkan hati Along untuk menutup aurat dengan sebaik mungkin mengikut syariatNya. Lega juga hati ini, masakan tidak kerana selama ini Along tak pernah mengambil berat tentang aurat yang perlu ditutup dengan sebenarnya mengikut syariat Islam. Bagi Along, cukup sekadar menutup rambut & berpakaian labuh. Hakikatnya, Along masih tidak memahami apa yang dikatakan menutup aurat dalam konteks sebenarnya.
Along mula berjinak-jinak pakai tudung masa sekolah darjah 4. Masa awal-awal dulu nak pakai tudung ke sekolah sebab malu dengan kawan-kawan yang kebanyakannya pakai baju kurung dan tudung. Along masih lagi pakai pinafore. Masa Along cakap kat Mama nak pakai tudung ke sekolah, Mama belikan tudung untuk Along. Dulu, ada sepupu yang umur 20an tinggal bersama kami dan membantu kerja-kerja rumah sebab Mama bekerja. Boleh dikatakan dia menjadi pengasuh kami adik-beradik masa tu. Dia tak bagi Along pakai tudung ke sekolah sebab katanya kalau dah pakai tudung, tak boleh main-main. Tak boleh buka dah. Kena betul-betul pakai sampai bila-bila. Along pelik juga tapi tak berani bantah sebab Along masih budak-budak mentah dan tak faham apa-apa. Ditakdirkan, sepupu Along tu balik kampung sebab dia nak bekerja di kilang kat Penang. Apalagi, Along terus ambil tudung sekolah yang disimpan dan pergi ke sekolah dengan mula memakainya pada hari persekolahan. Rasa happy juga, ya laa...masa tu kita masih budak-budak. Memang tak mengerti apa-apa. Cuma mengikut je apa yang orang lain buat.
Bila dah menganjak remaja, Along mula belajar pakai tudung semasa keluar berjalan-jalan dengan keluarga. Tapi masa tu, Along masih lagi on & off. Sampailah Along berusia 16 tahun. Along dah tak pernah buka tudung bila keluar rumah. Kat rumah, Along tak pernah pakai tudung walaupun ada yang bukan muhrim. Maknanya, Along belum betul-betul faham batas aurat bila berada di rumah. Along masih pakai baju-baju yang dipanggil baby T dengan seluar jeans. Memang favourite la pakaian macam tu. Pakai plak tudung bawal 3 segi yang bermanik-manik, kemudian diselimpangkan ke bahu kiri dan kanan. Dada pula masih lagi tidak tertutup dan boleh dilihat bentuknya. Aduh! Macam nak menangis bila teringat balik. Pendek kata, zaman jahiliyah Along la waktu tu. Dah review macam ni, barulah Along tersedar. Rupanya, dah lama sangat Along ambil masa untuk berubah menjadi seperti sekarang.
Waktu belajar di Politeknik pula, ada juga lelaki-lelaki yang bersiul nakal bila melihat Along berjalan di hadapan mereka. Apa tidaknya, jelas kelihatan punggung tonggek yang Allah anugerahkan kat Along ni melenggang-lenggok di mata mereka. Malunya!! Salah sendiri, suka pakai baju kebaya. Maklumlah, anak dara sunti. Marah pulak kat lelaki-lelaki tu yang Along cop sebagai gatal. Hakikatnya, dah memang lumrah lelaki begitu. Allah Maha Penyayang, Dia perintahkan kepada kaum perempuan untuk menutup aurat dengan sempurna untuk memelihara maruah & menjaga kita. Banyak kelebihan menutup aurat. InsyaAllah...akan kita bincangkan lagi di entri yang lain. Along nak sambung kisah perjalanan Along tentang menutup aurat dari skala 1 hinggalah skala 8 seperti yang ditunjukkan dalam jadual kat atas tu.
Bila Along dah kahwin, Along masih lagi pakai T-shirt & jeans. Oleh sebab tubuh Along yang kecil ni, Along memang tak minat nak sentuh baju yang labuh-labuh apatah lagi jubah. Sebab, Along rasa pakaian begitu akan menenggelamkan Along. Ramai yang tegur begitu juga. Astaghfirullah! Jahilnya Along sampai begitu sekali pemikiran masa tu. Suami sendiri pun lebih suka dengan penampilan Along yang agak seksi dengan pakaian ketat walaupun Along rasa dah labuh. Tapi ciri-ciri pakaian Muslimah tiada sebaliknya lebih kepada hijabister ciptaan yahudi. Kononnya, kita menutup aurat tapi hakikatnya, kita masih telanjang. Bak sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis :
“Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..” (Sahih Muslim).
Entah macamana, semakin lama tudung yang Along pakai Along labuhkan sehingga menutupi bahagian dada. Along dah terbiasa dan tidak betah lagi memakai tudung yang singkat tanpa menutup dada. Pakaian pula, Along dah mula pakai baju yang longgar-longgar sejak hujung tahun lalu. Along sendiri rasa rimas dengan baju-baju ketat Along sebelum ni. Along lebih selesa pakai sleeveless dress yang kembang dengan cardigan labuh di luar. Kat rumah pula, setiap kali ada lelaki bukan muhrim Along akan tutup aurat dari dilihat mereka. Balik rumah mertua pun begitu. Along dah tak sewenang-wenangnya mempertontonkan rambut dan aurat lain pada ipar duai begitu juga bila berada dengan saudara mara yang lain contohnya sepupu, suami kepada makcik sendiri dan sesiapa jua yang dianggap bukan muhrim. Boleh rujuk pic kat bawah ni untuk lebih jelas.
Sungguh, sejak mengubah penampilan diri mengikut suruhan agama, jiwa ini lebih tenang dan bahagia. Terasa diri lebih berharga. Secara automatik, kita menjaga tingkah laku. Malu juga untuk bergurau mesra dengan lelaki yang bukan muhrim seperti waktu dulu. Sememangnya, menutup aurat dengan sempurna membawa banyak kebaikan buat kaum perempuan. Bila kita memahaminya, semuanya menjadi mudah. Yang paling best, Along dah tak perlu usung kain telekung ke sana sini sebab pakaian Along dah memang menutup aurat dan Along boleh terus menunaikan solat walau di mana jua berada. Along juga belajar menjaga wudhu bila keluar rumah supaya Along dapat tunaikan solat tepat pada waktunya.
Begitulah perjalanannya sampailah usia Along dah menjengah 34 tahun, Allah kurniakan Along kefahaman tentang tutup aurat yang sebenarnya. Walaupun lambat, tapi tiada istilah terlewat untuk berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah. Along semakin memahami erti indahnya hidup bersyariat. Banyak lagi ilmu yang Along nak belajar agar diri ini lebih mengenal & menyintai sang pencipta Rabbul 'Alamin. Along terasa seakan hidayah yang tiba-tiba mengetuk pintu hati ini. Syahdunya....Benarlah, bila kita mencari cinta Allah...Allah akan dorongkan hati kita. Allah akan berikan jalan untuk kita. Selangkah kita mendekati Allah, berjuta langkah Allah dekat dengan kita. Subhanallah!!
Along tak lupa untuk mendoakan semoga saudara mara dan sahabat handai terutamanya yang ada disekeliling Along akan dipertemukan dengan hidayah dan merasakan kemanisannya sebagaimana yang ALong rasakan ketika ini. Semoga Allah tetapkan iman kita dan kuatkan hati kita untuk terus istiqamah serta bermujahadah ke jalan Allah.
Thursday, March 27, 2014
AKU YANG BARU
Sejak akhir-akhir ini, terasa macam banyak idea yang datang mencurah. Sudah lama rasanya Along tidak menulis. Alhamdulillah, idea-idea untuk menulis seperti zaman remaja dulu kembali lagi. Inilah diriku yang sebenar. Along memang minat bidang penulisan. Semoga apa yang ditulis bukan sekadar menjadi renungan buat insan lain, tetapi juga ada manfaatnya. InsyaAllah.
PERINGATAN BUAT KITA
Pelbagai andaian & spekulasi dikeluarkan mengenai tragedi MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014 baru-baru ini. Tiba-tiba nama Malaysia menjadi begitu popular di seluruh dunia. Biar apapun pendapat & pandangan terhadap tragedi ini, kita sebagai umat Islam haruslah percaya kepada qada' & qadar. Segalanya adalah ketentuan Allah jua.
Along bersimpati terhadap nasib yang menimpa para penumpang & kesemua anak kapal terlibat. Begitu juga dengan keluarga mangsa-mangsa MH370. Siapalah kita untuk mempersoalkan kenapa semua ini terjadi? Jika mereka memang sudah tiada lagi, marilah kita sama2 mendoakan smg roh umat Islam yg terlibat dicucuri rahmat Allah. Redhalah.
KEINSAFANKU
Kenangan di Pulau Beras Basah Langkawi sewaktu Along & keluarga buat family gathering di Pulau Langkawi pada bulan Februari 2014 . Subhanallah...indah sungguh pemandangan di sini. Terasa aman & nyaman di hati. Terasa ingin menulis bait2 indah untuk dipaparkan di atas gambar ini. Ianya lahir dari hatiku.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)

