my heart

my heart

Monday, April 27, 2015

Dulu dan Kini

dulu nak gincu bibir, pembayang mata dan pemerah pipi,
buat dilukis pada wajah yang lesi
agar yang kusam nampak cantik berseri,
biar teruja mata yang menyaksi

dulu nak baju yang cantik dan berwarna-warni,
harus nampakkan langsingnya diri,
suka digelar anak dara sunti,
kononnya muda remaja diri dipuji

dulu nak pakai kasut tinggi berinci,
rasa hebat dan gah dipandang tinggi,
meliuk lentuk berjalan ranggi,
menggeletik hati dikatakan seksi

kini baru tersedar segala kesilapan,
begitu banyak yang telah dibazirkan,
tuntutan nafsu mahu dipenuhkan,
demi mengharapkan pujian insan

kini baru tahu segalanya hiasan dunia,
betapa selama ini diri asyik dan leka,
hidup yang dipinjamkan ini hanya sementara,
masih jauh lagi diri dengan yang Esa

kini bangkitlah dari kejahilan,
redha Allah dicari melalui pakaian,
jadilah muslimah sejati dalam kehidupan,
kelak lebih tenang dan beroleh kebahagiaan